Thursday 30 October 2014

Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang. Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak. 

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian. Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok. Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan. 

Kajian menunjukkan sese­orang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai kadar risiko lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54 peratus berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Kajian itu dibuat selama 10 tahun membabitkan 31,696 orang peserta berusia purata 60 tahun. Berdasarkan kajian ini, kita disaran mengamalkan gaya hidup sihat, malah kajian turut menunjukkan risiko mendapat strok menurun dengan setiap pertambahan kaedah gaya hidup sihat. 

Bagi pesakit yang mengalami masalah strok, mengamalkan gaya hidup sihat akan mendapat faedah mengurangkan impak dan mening­kat peratusan pemulihan kepada lebih baik. Beberapa langkah boleh kita amalkan untuk mencegah penyakit ini dan mengurangkan risiko mendapat strok berdasarkan saranan daripada laporan yang dikeluarkan dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada 1999. 

1. Mengawal tekanan darah tinggi Penyakit darah tinggi risiko utama untuk mendapat strok. Kita perlu selalu memeriksa tekanan darah dan memastikan ia tidak tinggi dan terkawal. Pesakit darah tinggi perlu mendapat rawatan dan mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat yang dipriskripsi secara tetap. 

2. Berhenti merokok Merokok juga faktor risiko tinggi boleh menyebabkan penyakit strok. Merokok merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan berlaku penyumbatan saluran darah oleh plak kolesterol yang mendap pada dinding saluran darah di otak. Merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan saluran darah lebih mudah menjadi sempit. 

3. Mengawal paras kolesterol Paras kolesterol terlalu tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat akibat mendapan kolesterol pada dinding saluran darah. Kolesterol tinggi juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan lebih mudah tersumbat akibat darah beku yang akan menyebabkan penyakit strok. 

4. Mengawal paras glukosa darah Tinggalkan tabiat mengambil gula berlebihan menurunkan risiko mendapat strok. Pesakit diabetes didapati mempunyai risiko mendapat strok lebih tinggi berbanding orang lain. Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dengan baik mengikut arahan doktor dan me­ngambil ubat dengan betul. 

5. Bersenam atau aktif secara fizikal Seseorang tidak aktif secara fizikal berisiko mendapat masalah obesiti. Seseorang yang mengalami masalah itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pe­nyakit strok. Bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan mengawal berat badan lebih baik selain menurunkan risiko mendapat penyakit strok secara terus. Bagi pesakit strok, senaman secara fisioterapi penting untuk me­ngelak anggota menjadi keras dan kaku. Kajian juga menunjukkan senaman membantu mempercepat­kan pemulihan pesakit strok secara umumnya. 

6. Makanan lebih sihat Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok. Ia juga benar untuk pesakit yang diserang pe­nyakit ini. Makan lebih banyak ikan juga membantu menurunkan risiko penyakit strok kerana ikan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Pesakit strok juga didapati boleh pulih dengan lebih baik jika makan ikan secara tetap atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok. 

7. Tidak minum alkohol Minuman beralkohol diharam­kan dalam Islam. Ba­nyak kajian menunjukkan pe­ngambilan alkohol menyebabkan penyakit strok dan pelbagai pe­nyakit kronik lain. Meninggalkan tabiat minum arak akan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. 

8. Degupan jantung yang betul Degupan jantung tidak normal seperti masalah Atrial Fibrillation (AF) boleh mewujudkan masalah darah beku dalam jantung yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dalam otak yang menjadi punca penyakit strok. Pesakit perlu mendapat rawatan tepat dengan doktor. 

Dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, kita akan menurunkan risiko mendapat serangan angin ahmar. Di samping itu, ia akan mencegah dan menurunkan risiko mendapat pe­nyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung, insya-Allah. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2696#sthash.KVIoInuE.dpuf

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/2696

Monday 1 September 2014

Rawatan Urutan Kaki Reflexology

Rawatan Refleksologi merupakan satu kaedah perubatan tertua didunia. Urutan di buat di bahagian Tapak Kaki sahaja dan ia boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan cepat dan berkesan.

Rawatan ini dapat membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dan ia juga dapat menilai tahap kesihatan pesakit apabila ia di urut. Setiap titik refleksi (titik pusat urat saraf) mempunyai hubungan dengan organ tubuh. Melalui urutan/pemicitan dan tekanan kepada bahagian titik refleksi, perawat akan dapat mengetahui sakit pesakit.

Rawatan Refleksologi sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Rawatan tanpa pembedahan tetapi boleh menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

Antara faedah rawatan refleksi antaranya; boleh mengurang/menyembuhkan penyakit, dapat menghilangkan sesuatu kesakitan yang tiba-tiba pada bahagian tubuh, dapat menambahkan kesihatan tubuh secara keseluruhan dan dapat mengembalikan tahap kepansan suhu badan serta mengembalikan/melancarkan perjalanan darah dalam badan . 

Kebaikan rawatan refleksi ; boleh mengatasi ketengangan urat saraf serta menenangkan saraf dan menguatkan otot, dapat melancarkan aliran darah supaya dapat membawa bekalan zat makanan,enzim,hormon dan oksigen ke seluruh badan dan dapat mengeluarkan darah/segala jenis kotoran atau toksin menerusi saluran sistem buangan seperti peluh, saluran kencing dan sebagainya.

Saturday 30 August 2014

Perkhidmatan Urut untuk kesihatan

Memberi Perkhidmatan Urutan/Massage di kawasan Tuaran dan kawasan yang berhampiran dengan daerah Tuaran.

Dengan Urutan, ia dapat memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita. Salah satunya adalah, urutan dapat melancarkan peredaran darah, melegakan sakit urat saraf dalam badan dan menyegarkan badan yang telah kelesuan setelah penat bekerja.


Urutan  juga adalah salah satu rawatan yang terbaik dan telah diaplikasikan secara meluas, ia adalah salah satu kaedah untuk menyihatkan badan kita dengan lebih cepat kesannya dan terbukti berkesan sejak zaman dahulu lagi. 

Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi.

Rayyan Relaxing Massage